Tuesday 9 July 2013

RAMADHAN


"Ahlan wasahlan Ya Ramadhan"

Alhamdulillah.
Syukur Ya Allah.
Masih lagi diberi kesempatan untuk berada di dalam bulan Ramadhan tahun ni.
dan.
untuk pertama kalinya, berpuasa dekat rumah cukup sebulan selepas 7 tahun duduk nomad.
last puasa full dekat rumah waktu darjah 6.

Tipu jugaklah kalau cakap tak rindu nak berpuasa dengan kawan- kawan kan.
RINDU yang teramat !
tapi, sangat- sangat bersyukur dapat puasa dekat rumah.
yang tak bestnya cuma bila tahun ni duduk rumah, adik- adik yanglain pulak tak ada.
baru la dapat rasa feeling tak seronoknya bila siblings tak complete kan.
rasa sunyi je rumah :'(
balik cepat weyhh ! kakak rindu korang :'

okay. stop. start cerita lain.
makanya, bila dah diberi peluang bertemu dengan Ramadhan, kita kenalah usaha sehabis baik nak manfaatkan.
jangan lupa TARAWIKH, TADARUS AL QURAN, ibadah- ibadah SUNAT yang lain okay :)
yang paling simple, jangan lupa SAHUR.

KELEBIHAN BERSAHUR :

  1. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya bersahur itu adalah berkat
  2. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Hendaklah kamu Bersahur kamu kerana ia adalah makanan yang berkat
  3. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Perbezaan antara puasa kita orang Islam dengan puasa ahli Kitab ialah kita makan sahur
  4. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Memakan sahur itu boleh memberi kekuatan untuk berpuasa pada siang hari dan qailulah (tudir sekejap) pada siang hari (sebelum Zohor) boleh memberi kekuatan untuk qiamullail – hadis dari Ibnu Abbas
  5. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat ke atas mereka yang bersahur – hadis dari Ibnu Umar
  6. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sentiasalah umatku itu dalam keadaan kebaikan selama mana mereka menyegerakan berbuka dan melambatkan sahur
  7. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sahur itu berkat, oleh itu janganlah kamu meninggalkannya walau pun dengan meminum seteguk air kerana sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat ke atas mereka yang bersahur.

Lastly, jangan lupa rebut peluang nak kaut pahala, keredhaan, dan barakah bulan Ramadhan ni ye.
mana tahu, ni Ramadhan kita yang terakhir.

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya:

"Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan .. menyerulah malaikat, katanya: "Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan!  Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan!  Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka - daripada memasukinya". Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan)." 

(Riwayat Tirmizi dan Nasa'i)

moga moga kita sama sama perolehi kebaikan dan keberkatan :)
SALAM RAMADHAN 1434H
mohon maaf andai ada melakukan segala kekhilafan dan menyakitkan hati sesiapa.
chow bebeyh! assalam (Y)

insyaAllah *tears :'